Wednesday 30 January 2013

PENGENALAN GAYUNG DARIPADA TEMPURUNG KELAPA

Assalamualaikum w.b.t..





Tempurung kelapa antara hasil kraf tangan daripada bahan seni rimba yang menarik dan kreatif. Ini kerana material itu mudah didapati, tahan lasak dan memiliki tekstur yang semulajadi. Jika dulu tempurung atau ‘batok’ dalam bahasa jawa digunakan bagi menghasilkan barangan kegunaan dapur termasuk senduk, sudu dan gayung. Kini tempurung sudah diubah suai dengan menggabungkan rekaan bentuk baru dan ditokok tambah dengan bahan lain seperti batik, tembaga dan daun  getah yang sudah dikeringkan. Hasil kreativiti dan inovasi baru itu menjadikan kraf tempurung antara aksesori hiasan dan cenderamata yang menarik serta unik.
Syarikat kami iaitu Cascara de Coco Sdn Bhd menghasilkan produk kraf tangan daripada tempurung kelapa. Syarikat kami lebih memberi tumpuan kepada kraf tangan gayung. Ini kerana kraf tangan gayung tersebut semakin di lupakan oleh masyarakat. Dengan itu, kami ingin menginovasikan kraf tangan gayung menjadi lebih eksklusif, menarik dan juga unik.